smilesmile

Iklankan Secara Percuma

Iklan percuma selama 24 jam disini! Tidak perlu daftar,
ada ruang iklan yang kosong. Klik gambar 'Advertise Here' untuk memuat naik iklan anda.

Followers

Syarikat Energy Builder Network Sdn Bhd Dalam Majalah Mingguan Wanita

Syarikat Energy Builder Network Sdn Bhd berada didalam
Majalah Mingguan Wanita pada 24 - 30 Disember 2010.

Dalam Ruangan Lelaki - Personaliti


Secara Online
http://www.mingguanwanita.com.my/lelaki/personaliti/
Majalah Mingguan Wanita pada 24 - 30 Disember 2010.

Bagi golongan berada atau berkemampuan, produk minyak wangi pilihan mereka tentunya dari jenama terkenal. Harga sudah tentu bukan masalah mereka. Tetapi bagi mereka yang memiliki bajet terhad, pasti perlu berfikir panjang sebelum mengambil keputusan untuk membelinya.

Atas faktor itulah Mohd Sharir Zakaria, 41 tahun, menghasilkan Imtiyaaz Aroma, jenama minyak wangi yang diinspirasikan daripada bau minyak wangi terkenal antarabangsa.

Dia berminat melakukannya kerana mahu membuang persepsi masyarakat yang menganggap wangian mahal adalah barangan mewah dan minyak wangi murah adalah ‘low class’.

“Disebabkan tidak mampu membeli minyak wangi mahal, ada yang beralih untuk membeli minyak wangi murah. Tetapi ada antara minyak wangi murah yang terdapat di pasaran tidak mampu memberi kepuasan dari segi keharumannya.

“Golongan muda memang tidak suka kerana menganggap baunya seperti minyak attar. Mereka lebih suka jika minyak wangi itu memiliki bau moden sama seperti bau minyak wangi terkenal antarabangsa.

“Perkara tersebut telah membuahkan idea bagi saya untuk menghasilkan minyak wangi yang mampu menepati bukan sahaja cita rasa golongan muda tetapi semua penggemar minyak wangi,” ujarnya.

Menurut Mohd Sharir yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Energy Builder Network Sdn Bhd yang memiliki Imtiyaaz Aroma Resources Sdn Bhd, setiap individu mahu memiliki minyak wangi kerana mahu memastikan tubuh berbau harum.

“Badan berbau wangi menunjukkan seseorang itu mementingkan kebersihan diri. Islam sendiri amat mementingkan kebersihan diri. Tetapi apabila memikirkan harga minyak wangi yang mahal, ramai yang tidak mampu untuk membeli minyak wangi yang diingini.

“Imtiyaaz Aroma mampu merealisasikan hasrat mereka kerana selain murah ia juga halal tanpa campuran alkohol. Anda juga tidak perlu ragu-ragu memakainya ketika menunaikan solat. Apa yang pasti, bauan yang hebat tanpa berbelanja ratusan ringgit ini mampu tahan sepanjang hari,” katanya penuh yakin.

Guna nama tokoh-tokoh Islam Imtiyaaz Aroma menggunakan Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood sebagai ikon dan duta produk mereka. Pilihan ini dibuat kerana mahu menonjolkan konsep keislaman yang dibawa oleh produk tersebut. Konsep keislaman juga jelas kelihatan melalui pemberian nama pada setiap botol minyak wangi.

“Kami mengambil nama-nama Islam seperti Adam, Hawa, Yusuf dan Zulaikha, bagi setiap set minyak wangi yang dipasarkan. Bauan di dalam setiap set juga adalah yang terpilih dari semua bauan.

“Ia inspirasi dari bauan antarabangsa tetapi diberi nafas baru dengan nama-nama tokoh dalam Islam seperti Ibn Sina, Ibn Khaldun, Ibn Rusyd, Ibn Taimiyah, Ar-Razi, Al-Ghazali. Bagi wanita pula, nama-nama yang terpilih ialah Balqis, Sumaiyah, Adawiyah, Asiah, Mashitah, dan Maryam.”

Tambahnya lagi, pemilihan nama-nama ini adalah berdasarkan sumbangan mereka dalam tamadun dan sejarah Islam. Hasratnya lagi, dengan memilih nama-nama tokoh ini mampu memberi peringatan kepada generasi baru tentang perjuangan mereka kepada Islam supaya tidak dilupai dan juga sebagai sumber inspirasi kepada umat Islam dan juga si pemakainya.

Kata Mohd Sharir lagi setiap kotak produk ini berisi empat jenis wangian. Terdapat 14 jenis wangian bersaiz 4 ml dalam setiap kotak. Selain itu, syarikat ini juga mengeluarkan edisi pek istimewa untuk cenderahati perkahwinan. Edisi ini terdapat dalam 9 warna pilihan mengikut tema hari perkahwinan anda.

Ditanya berkenaan saingan daripada produk sama yang terdapat di pasaran, ternyata ahli perniagaan ini tidak gusar.

“Sebelum ini saya pernah menjadi pengeluar kepada jenama minyak wangi syarikat lain. Sekarang saya mengeluarkan jenama minyak wangi sendiri. Bagi saya persaingan bukanlah satu masalah kerana ia sesuatu yang sihat dan perkara yang baik. Ia juga mampu memastikan pasaran meriah dengan pelbagai pilihan produk minyak wangi.”

Mahu jadi hab pengeluar minyak wangi
Sebelum menghasilkan produk minyak wangi, lelaki kelahiran Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan ini rupanya sudah melakukan pelbagai jenis pekerjaan.

“Saya memang suka berniaga. Selepas habis SPM, saya sudah bekerja. Mula-mula sekali saya bekerja di sebuah stesen minyak milik keluarga. Apabila jualan tidak memberangsangkan, saya merantau ke Kuala Lumpur.

“Selepas itu saya mula membina perniagaan sendiri dengan menjual bingkai gambar yang memaparkan ayat-ayat suci Al-Quran. Pada masa yang sama, saya sentiasa mencari perniagaan yang berkaitan rapat dengan ‘end user’ (pengguna akhir).

Dalam mencari-cari inilah saya bertemu dengan peluang niaga menghasilkan produk wangian.” Bagi mereka yang berminat untuk menjana pendapatan melalui Imtiyaaz Aroma, mereka boleh melakukannya melalui secara online mahupun offline.

“Pihak syarikat telah membangunkan laman web www.aroma2u.biz untuk menggalakkan pengguna berniaga secara atas talian atau online. Cara ini, pihak yang menjual tidak perlu bersemuka dengan pihak pembeli.

“Mereka hanya berurusan melalui laman sosial untuk mempromosikan pautan laman web yang telah didapati semasa membuat pendaftaran percuma di laman web syarikat.

Dengan bermodalkan serendah RM150, mereka akan mendapat keuntungan berlipat ganda. Bagi perniagaan secara offline pula, mereka boleh melayari laman web www.aroma2u.net untuk mengetahuinya. Kami mempunyai stokis di setiap negeri tetapi kami masih memerlukan lebih ramai stokis terutamanya di kawasan pekan kecil,” terangnya.

Tambahnya lagi, Imtiyaaz Aroma juga sudah mula mendapat permintaan dari negara Kepulauan Togo, dan Madinah. Malah dalam tempoh setahun Imtiyaaz Aroma berada di pasaran tempatan, permintaannya dan jualannya semakin bertambah.

“Sasaran saya kini adalah untuk menjadi yang terbaik. Impian saya adalah ingin menjadikan Malaysia dikenali sebagai hab pengeluar minyak wangian halal. Jika orang sebut minyak wangi halal dan murah, saya mahu mereka terus terfikir Imtiyaaz Aroma,” ujar Mohd Sharir mengakhiri bicara.



1 comment:

  1. Terima kasih banyak infonya bro, mantabbbbsss....

    Gema Parfum :
    Nama Minyak Wangi.

    ----------------

    ReplyDelete